SEJARAH MASJID
Masjid Kariah Masjid Tanah Chembong, Rembau merupakan antara masjid tertua yang dibina di Rembau. Masjid kariah yang terletak di Kampung Masjid Tanah ini mempunyai reka bentuk masjid tidak ubah seperti masjid di Melaka.
Masjid yang berusia 130 tahun dan dibina pada tahun 1890 Masihi bersamaan 1311 Hijrah diasaskan oleh Tok Janggut yang berhijrah dari Taboh Naning Alor Gajah yang telah mewakafkan tanahnya lebih kurang setengah ekar di Kampung Masjid Tanah. Turut serta Pawang Darus, Mogah, Hj Muhammad Nor dan Jalil Salim Mustafa. Mengikut perbualan lisan dengan penduduk mereka ini adalah ulamak di Chembong ketika itu.
Peringkat asal pembinaannya, masjid ini menggunakan kayu dan berasaskan tanah, bagi memudahkan masyarakat pada ketika itu menunaikan solat, memandangkan lokasinya berdekatan dengan sungai. Masjid ini mempunyai 4 tiang besar ukiran berunsurkan Islam yang mengukuhkan struktur binaannya. Disebabkan peredaran zaman, masjid ini dinaiktaraf mengikut kesesuaian tanpa mengubah bangunan asal. Pada awalnya masjid ini hanya mampu memuatkan antara 70 hingga 90 jemaah sahaja, tetapi kini mampu memuatkan kira-kira 300 sehingga 400 jemaah dalam satu masa.
Pada awalnya masjid ini diuruskan oleh Hj Ahmad bin Md Nor, seterusnya Hj Inoh bin Mogah serta Hj Alias bin Hj Kassim sebelum diambilalih oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Suasana persekitaran yang mesra dan kemudahan yang disediakan pihak pentadbiran masjid memberi kesan positif kepada jemaah
VISI
MASYARAKAT YANG BERTAQWA DAN MENGAMALKAN PERMUAFAKATAN BAGI MENGIMARAHKAN INSTITUSI MASJID
MISI
MELAKSANAKAN PENGURUSAN MASJID YANG BERKUALITI DAN BERHEMAH SECARA KOLABORATIF BAGI MEREALISASIKAN ISLAM SEBAGAI AD-DIN MELALUI AKTIVITI PENGIMARAHAN
1. Memastikan kerjasama daripada jawatankuasa masjid serta ahli kariah sentiasa terjalin mesra
- IMAM TOK JANGGUT
- IMAM HJ AHMAD BIN MD NOH
- IMAM HJ INOH BIN MOGAH
- IMAM HJ ALIAS BIN HJ KASSIM
- IMAM HJ ADAM BIN INOH
- IMAM HJ ALIAS BIN UJANG
- IMAM TN MD SHAH BIN UJANG
- IMAM TN RAMLY BIN YUSOF
- IMAM HJ SOLEH BIN HASHIM (hingga kini)
- -
- -
- -
- -
- HJ ZAKARIA BIN SIDEK
- HJ ZAKARIA BIN SIDEK
- HJ SATIN BIN AHMAD
- HJ SATIN BIN AHMAD
- TN RAMLY BIN YUSOF (hingga kini)